LATEST

‘Tiada apa perlu disembunyikan’ – Setiausaha Politik Hannah Yeoh jawab siasatan SPRM mengenai isu tanah KLSCAH

‘Tiada apa perlu disembunyikan’ – Setiausaha Politik Hannah Yeoh jawab siasatan SPRM mengenai isu tanah KLSCAH

am@hmetro.com.my

Baca juga: KKM siasat isu tikus makan tauge di Pasar Pudu

Kuala Lumpur: “Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan tiada apa yang perlu disembunyikan atau ditakuti,” kata Yap Yee Vonne, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Beliau mengulas kehadirannya ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini bagi merakam percakapan untuk membantu siasatan berhubung lanjutan tempoh pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Yap berkata, beliau memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang proses berkenaan dan sedia berkongsi sebarang maklumat atau penjelasan tambahan sekiranya diperlukan.

Katanya, seperti yang dijelaskan secara terbuka dan menyeluruh oleh Hannah di Dewan Rakyat, keputusan berhubung perkara itu dibuat selepas mengambil kira semua pertimbangan serta mengikut prosedur ditetapkan.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pegawai SPRM atas profesionalisme yang ditunjukkan sepanjang proses rakaman percakapan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yap berkata, pihaknya memahami pegawai SPRM hanya menjalankan tugas dan menghormati sepenuhnya peranan suruhanjaya itu dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Bagaimanapun, katanya SPRM seharusnya menumpukan tugas mereka dalam isu perkara lain yang lebih mendesak serta mempunyai kepentingan lebih besar kepada masyarakat.

Menurutnya, KLSCAH adalah institusi warisan yang mempunyai kepentingan sejarah dan kebudayaan, justeru wajar mendapat sokongan serta perlindungan bersama, bukannya terus dibelenggu kontroversi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news