PRN N9: 30 calon hilang deposit

PRN N9: 30 calon hilang deposit

Kuala Lumpur: Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mempertaruhkan 24 calon, menerima tamparan hebat apabila menjadi parti tunggal terbesar yang kehilangan 23 wang deposit.

Bersatu gagal memenangi sebarang kerusi dan terpaksa melepaskan satu-satunya kerusi yang disandang mereka iaitu Labu.

Sementara itu, Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masing-masing mempertaruhkan calon tunggal, turut hilang wang deposit.

Seorang calon Pakatan Harapan (PH) turut kehilangan deposit, berserta empat calon Bebas yang juga berdepan nasib yang sama.

Dalam pada itu, calon lingkungan umur 41 hingga 50 tahun mencatatkan jumlah hilang deposit tertinggi, iaitu sebanyak 36.11 peratus atau 13 daripada keseluruhan 36 calon yang bertanding.

PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memenangi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan sementara PH memperoleh 11 kerusi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top