Doa lelaki terlibat ‘isu Rocky’ ditimpa bala, penerbit terkenal tegur Kilafairy -“Tak baik yong”

Doa lelaki terlibat ‘isu Rocky’ ditimpa bala, penerbit terkenal tegur Kilafairy -“Tak baik yong”

Pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo atau Azman Yahya menegur pelakon, Kilafairy susulan kenyataannya mengenai kes kematian anjing peliharaan bernama Rocky yang tular di media sosial.

Simpati boleh tapi hati-hati dalam berkata-kata

Menerusi satu hantaran di Threads, Jinggo menyatakan beliau memahami perasaan simpati terhadap haiwan tersebut, namun berpandangan doa serta kata-kata yang ditulis pelakon itu tidak wajar dilemparkan kepada individu yang didakwa terlibat.

“Bersimpati pada binatang itu baik, tapi doa awak dengan kata-kata awak sangat tak baik, Kilafairy,” tulisnya dalam loghat Perak.

Nasihat orang tua

Jinggo turut memuat naik tangkap layar hantaran Kilafairy sebelum menjelaskan teguran yang diberikan hanyalah sebagai nasihat daripada seseorang yang lebih berusia.

“Ini nasihat orang tua, jangan ambil hati,” ujarnya.

Sebelum itu, Kilafairy meluahkan rasa sedih terhadap nasib Rocky yang didakwa mati ketika satu operasi penguatkuasaan, selain menulis kata-kata keras yang ditujukan kepada individu yang didakwa melakukan perbuatan tersebut.

“Hati saya hancur disebabkan Rocky dan pemiliknya. Semoga awak masuk neraka. Awak membunuh binatang peliharaan seseorang. Semoga satu keluarga kau ditimpa bala,” tulisnya.

Katanya ada ‘plot twist’

Walau bagaimanapun, beberapa kenyataan daripada penduduk di kawasan tersebut memaklumkan bahawa ada ‘plot twist’ daripada kejadian menyayat hati itu.

Ada yang mendakwa bahawa anjing tersebut telah menggigit ramai mangsa dan anjing yang mati itu merupakan anjing liar yang kerap berada di kawasan perumahan berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung isu terbabit termasuklah video yang tular sejak kebelakangan ini.

Diharap semua pihak tidak membuat sebarang spekuasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Scroll to Top