“Dia Nak Permintaan Maaf Macam Mana Lagi? Saya Dah Banyak Minta Maaf Lepas Cerai”

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Fie berkata dia sudah beberapa kali memohon maaf kepada bekas suaminya itu selepas mereka bercerai.

Memetik mStar Online, Dr Fie turut mempersoalkan keperluan dia memohon maaf secara tersebuka seperti yang diminta bekas suaminya untuk selesaikan komital yang difailkan terhadapnya pada Mei lalu.

BACA: Dr Fie Dakwa Sentiasa Diperhatikan, Tiada Privasi

“Bukan tiada keperluan, saya boleh nak minta maaf tapi raya saya dah minta maaf, hari jadi pun saya dah minta maaf. Jadi dia nak permintaan maaf macam mana lagi? Adakah secara terbuka dan atas dasar apa?

“Kalau saya minta maaf, orang boleh buat spekulasi macam-macam seolah saya yang salah. Saya dah banyak kali minta maaf lepas cerai, ‘Maaafkan saya, maafkan saya’. Berapa banyak kali saya nak minta maaf,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie berharap Nubhan dilembutkan hati  kerana dia mahu meneruskan kehidupan termasuk bekas suaminya selepas ini.

“Saya harap dan minta doa orang ramai untuk dia berlembut hati dengan saya. Saya tak boleh nak membolak- balikkan hati dia. Hanya Allah yang boleh bolak balikkan hati dia. Saya harap dan rayu kepada semua orang di luar sana , jangan trigger dia. Lembutkkanlah hati dia untuk saya,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top