Penampilannya yang kini tidak bertudung dikecam, pelakon Norreen Iman berkata dia memaafkan mana-mana pihak yang melemparkan kecaman terhadapnya.
Menerusi perkongsian di Threads, Norreen berkata jika dirinya yang dahulu sudah pasti dia akan lantan serta membalas kritikan netizen.
BACA: Ditegur Depan-Depan Minta Pakai Tudung, Norreen Iman Hanya Senyum

Namun, kini usianya sudah mencecah 30-an dan ada anak-anak yang perlu diberi perhatian serta mahu mengutamakan kesihatan mental.
“Aku tak kecil hati bila orang kecam atau buli dengan apa yang aku muat naik di media sosial. Orang akan bercakap berdasarkan apa yang mereka lihat dan dengar, dan mereka nampak sebab aku yang ‘post’.
“Kalau Norreen yang dulu ni, huish memang aku hembus balik orang yang kutuk aku. “Pergi mampus lah dengan muka kau yang baruah tu. Kau Fazura ? Kalau bukan Fazura kau diam.” ITU DULU LAH.
“Sekarang, tidak lagi. Aku pun dah cecah usia 30-an. Ada dua anak yang perlu dijaga dan ibu, aku utamakan diri sendiri, mental yang kena jaga,” katanya.

Dalam pada itu, Norreen menyedari ramai yang sedih dengan perubahannya kini dan dia juga mengakui tindakannya itu salah namun dia akan sentiasa cuba menjadi lebih baik.
