Siasatan Bongkar Cara Juruterbang Malaysia Lepasi KLIA Bawa Dadah | Oh! Tidak – Oh! Media

Siasatan Bongkar Cara Juruterbang Malaysia Lepasi KLIA Bawa Dadah | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Siasatan juruterbang Malaysia di Jakarta bongkar petunjuk cara suspek lepasi KLIA dan aliran kewangan sindiket dadah.

Siasatan kes juruterbang Malaysia yang ditahan di Indonesia kini membuka lebih banyak petunjuk kepada pihak berkuasa negara ini, termasuk mengenai rangkaian sindiket dadah yang dipercayai mempunyai kaitan di Malaysia.

Malah, hasil pertemuan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan suspek di Jakarta turut membantu polis memahami bagaimana dia dipercayai berjaya melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum ditahan di Indonesia.

JSJN jejak ahli sindiket di Malaysia

Juruterbang

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, maklumat yang diperoleh daripada soal siasat itu kini digunakan untuk menjejaki ahli sindiket yang dipercayai terlibat di negara ini.

Pertemuan tersebut turut mendedahkan maklumat mengenai individu dalam rangkaian sindiket dadah yang mempunyai kaitan di dalam dan luar negara.

Perjumpaan selama dua hari awal berkenaan, pasukan JSJN mendapat maklumat membabitkan sindiket yang terbabit di Malaysia dan luar negara yang berkaitan selain pembabitan penama dalam rangkaian sindiket dadah dalam dan luar negara.- Katanya.

Aliran kewangan turut menjadi perhatian

Ohmedia juruterbang malaysia dadah

Bukan setakat mengenal pasti rangkaian yang terlibat, siasatan itu turut memberi petunjuk kepada pihak berkuasa berhubung perjalanan kewangan sindiket berkenaan.

Maklumat berkaitan rangkaian dadah antarabangsa juga akan disalurkan kepada agensi berkaitan di negara-negara terlibat.

Selain itu, menyalurkan maklumat penting berkaitan rangkaian sindiket dadah antarabangsa kepada agensi dadah negara-negara berkaitan.

Mendapat tahu bagaimana suspek dapat melepasi pemeriksaan di KLIA selain mengetahui aliran kewangan sindiket dadah dalam dan luar negara.- Katanya.

Juruterbang Dadah

Menurut Hussein, JSJN menerima kerjasama sangat baik daripada Polis Negara Republik Indonesia bagi membolehkan pasukan Malaysia bertemu dan menjalankan soal siasat terhadap suspek yang memberikan kerjasama yang baik.

Pertemuan pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos, namun pihak Indonesia memberi ruang kepada pasukan JSJN untuk melanjutkan proses itu sehingga 14 Ogos.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top