Simbal Istanbul jadi nadi muzik dunia

Simbal Istanbul jadi nadi muzik dunia

BUNYI hentakan tukul pada kepingan gangsa bergema di sebuah bengkel di Istanbul, Turkiye, ketika tiga tukang mahir menghasilkan simbal (alat muzik berbentuk cakera logam yang biasa digunakan dalam set dram) buatan tangan yang menjadi antara instrumen penting dalam dunia muzik, khususnya jazz.

Simbal yang kini sinonim dengan persembahan muzik pada asalnya digunakan oleh pasukan muzik tentera Uthmaniyah atau Mehter untuk menakutkan dan melemahkan semangat musuh ketika peperangan.

Namun, sejarah simbal berubah pada abad ke-17 apabila seorang ahli Alkimia (pengamal ilmu purba berkaitan bahan dan logam) Armenia, Avedis Zildjian, menghasilkan campuran logam dan teknik pemprosesan khas yang menjadikan simbal lebih tahan lasak serta menghasilkan bunyi tersendiri.

Simbal Istanbul jadi nadi muzik dunia

Seorang pekerja mahir menempa simbal.

Keistimewaan itu mendapat pengiktirafan Sultan Uthmaniyah pada 1623, sekali gus membolehkan Zildjian membuka bengkel penghasilan simbal.

Menurut pakar etnomuzikologi, Audrey Wozniak, menghasilkan simbal berkualiti tinggi bukan mudah kerana instrumen itu perlu menahan hentakan berulang kali tanpa mudah retak.

Rahsia pembuatan simbal kemudiannya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

Seorang pekerja melakukan proses penyepuhan logam di atas api dalam pembuatan simbal secara tradisional.

Seorang pekerja melakukan proses penyepuhan logam di atas api dalam pembuatan simbal secara tradisional.

Walaupun operasi asal keluarga Zildjian berpindah ke Amerika Syarikat (AS) ketika penghujung era Uthmaniyah, beberapa pembuat simbal yang mewarisi kemahiran tersebut meneruskan tradisi berkenaan di Istanbul.

Hari ini, Istanbul kekal sebagai antara pusat utama penghasilan simbal dengan beberapa jenama masih menggunakan kaedah tradisional mengetuk gangsa secara manual yang diwarisi sejak lebih 400 tahun lalu.

Pemain dram kumpulan Emre Tankal Trio feat Duygu Argin membuat persembahan di kelab jazz Nardis, Istanbul.

Pemain dram kumpulan Emre Tankal Trio feat Duygu Argin membuat persembahan di kelab jazz Nardis, Istanbul.

Di Bosphorus Cymbals, setiap simbal dihasilkan sepenuhnya menggunakan kaedah tradisional tanpa elektrik atau gas, sebaliknya menggunakan arang dan kayu.

Proses menghasilkan simbal bermula dengan mencairkan campuran tembaga dan timah sebelum gangsa cair dituangkan ke dalam acuan dan disejukkan menjadi kepingan berbentuk cakera.

Kepingan itu kemudiannya dipanaskan, diratakan dan dimampatkan berulang kali sebelum melalui proses penyejukan menggunakan air.

Menurut tukang simbal berpengalaman, Hasan Seker, setiap peringkat amat penting bagi menentukan kualiti dan bunyi akhir instrumen berkenaan.

Simbal dipamerkan di dinding sebuah bengkel di Istanbul.

Simbal dipamerkan di dinding sebuah bengkel di Istanbul.

Selepas bahagian tengah simbal dibentuk dan kepingan dipotong mengikut saiz, proses paling penting bermula iaitu mengetuk permukaannya menggunakan tukul.

Setiap hentakan dilakukan dengan teliti bagi menghasilkan nada yang lebih berat dan kompleks, ciri bunyi yang amat dihargai pemain dram jazz.

Hasan bergambar dengan simbal buatannya di Istanbul.

Hasan bergambar dengan simbal buatannya di Istanbul.

Seker berkata, kekuatan dan rentak setiap hentakan boleh mempengaruhi corak permukaan logam, sekali gus menghasilkan karakter bunyi yang berbeza.

Bunyi tersendiri

Keunikan itu menjadi antara sebab simbal buatan Istanbul terus mendapat tempat dalam kalangan pemuzik jazz walaupun pengeluaran secara besar-besaran telah berkembang di AS.

Pada asalnya simbal digunakan dalam pancaragam tentera Uthmaniyyah sebelum berkembang jadi instrumen mempengaruhi muzik klasik dan jazz.

Pada asalnya simbal digunakan dalam pancaragam tentera Uthmaniyyah sebelum berkembang jadi instrumen mempengaruhi muzik klasik dan jazz.

Bagi pemain dram Derin Bayhan, simbal buatan Istanbul mempunyai tarikan tersendiri kerana setiap satunya dihasilkan secara manual dan tidak mempunyai bunyi yang benar-benar sama.

Malah, dua simbal daripada siri, berat dan struktur yang sama sekali pun tidak semestinya menghasilkan bunyi serupa.

Sejarawan jazz, Berk Ozler memberitahu pemuzik jazz menghargai keunikan tersebut kerana mereka mencari instrumen yang mempunyai identiti bunyi tersendiri.

Seorang pekerja membentuk simbal dengan penuh ketelitian.

Seorang pekerja membentuk simbal dengan penuh ketelitian.

Tradisi pembuatan simbal secara manual terus bertahan di Istanbul, menghubungkan sejarah ketenteraan Uthmaniyah dengan perkembangan muzik moden, khususnya jazz, yang menjadikan bunyi simbal sebagai sebahagian daripada nadi persembahan di seluruh dunia.

Scroll to Top