SHAH ALAM – “Lagi diserang, lagi gagah”.
Demikian tegas Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu yang menyentuh mengenai serangan terhadap parti berkenaan.
“Gerombolan PH (Pakatan Harapan) pakat serang Pas. Pas sudah 72 tahun, lagi diserang lagi gagah.
“Seperti emas, semakin ditempa semakin bernilai,” katanya ringkas.

