Washington: Pelakon Amerika, Hayden Panettiere, yang terkenal menerusi lakonannya dalam siri televisyen seperti Nashville dan Heroes, meninggal dunia pada usia 36 tahun, lapor ABC News pada Ahad dengan memetik wakilnya.
“Dengan penuh dukacita, kami berkongsi berita pemergian tragis Hayden, insan tersayang kami. Beliau adalah seorang yang luar biasa, penuh cahaya dan mempunyai semangat yang kuat, yang membawa kasih sayang serta kegembiraan tidak terhingga kepada semua yang mengenalinya – dan kepada jutaan penonton yang menyaksikan lakonannya di kaca televisyen,” kata wakilnya kepada ABC News.
Reuters tidak dapat menghubungi wakil Panettiere di luar waktu urusan biasa.
© New Straits Times Press (M) Bhd
