mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon yang juga penyanyi Qi Razali memaklumkan begitu serius menyusun perancangan masa depan untuk kebahagiaan isteri, Wardah Hayati dan anaknya Anngun Sumayyah.
Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 49, berkata, wawasannya juga kini berubah apabila memandang 10 atau 20 tahun ke depan.
“Sebelum ini pun saya ada fikir pasal itu tapi semuanya personal.
Tiba-tiba semua takut benda lain. Takut, selamat kah sekolah nak masuk nanti hantar anak kan?
“Baru enam bulan. Kejap lagi fikir sekolah enam tahun ini kan? Dan nak kawan-kawan dia nanti kita nak dia bergaul yang macam mana? Nanti dia nak belajar apa kan?
“Besar nanti dia nak apa kan? Universiti kah, apa dan sebagainya. Memang fikir banyak. Kadang-kadang sampai mak kita dukung pun kita macam risau sebab mak kita dah tua, takut tangan dia ketar atau apa,” katanya.
Menurutnya, banyak benda difikir kerana terlalu nak jaga anak. Tambah pula emaknya pernah terlepas cawan.
“Takut tiba-tiba terlepas kah apa kan. Apapun saya tetap nak tambah anak sekiranya berpeluang. Ada rezeki saya bayangkan ada dua atau tiga.
Kalau dapat nombor dua… Insya-Allah, gembiralah dengar.
“Namun saya nak jarak sikit. Biar yang sulung usia tiga tahun barulah menyusul yang seterusnya. Yang ini banyak saya fikir untuk… keluarga dan kawan-kawan juga,” katanya.
Sementara itu Qi memaklumkan sebelum usianya memasuki 50 tahun, dia menetapkan tiga sasaran iaitu memulakan perniagaan, menceburi bidang pengarahan dan kembali aktif dalam bidang muzik
© New Straits Times Press (M) Bhd




