puterialia@hmetro.com.my
Petaling Jaya: “Tidak kisah (lelaki) muda atau tua, kematangan itu yang penting,” kata personaliti media sosial dan usahawan, Noor Nabila, 41.
Nabila atau nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd Noor berkata, orang ramai tidak seharusnya meletakkan usia sebagai kriteria penting kerana perkara utama adalah tahap kematangan seseorang.
“Bagi saya tentang umur, itu bukan satu benda yang patut jadi ukuran.
“Maksudnya, kalau suka dekat orang yang lebih muda, jangan letak stigma sebab tidak kisah muda atau tua, kematangan itu yang penting,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nabila mengakui ada kalanya terdapat aspek tertentu apabila dirinya mempunyai kekurangan, namun pasangannya itu mampu membantu untuk menampung ruang terbabit.
“”Mungkin dia akan fikir saya orang tua kan, tetapi dia (Ameer) tidak pernah rasa ‘insecure’ dengan saya. Walaupun Ameer muda, saya pun tidak pernah rasa ‘insecure’,” katanya.
Bagaimanapun, kakak kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa ini percaya sepenuhnya bahawa ketentuan jodoh terletak di tangan Tuhan, tanpa perlu mengambil kira soal usia.
“Sebab kita kena percaya, jodoh adalah di tangan Tuhan. Tidak kisah muda atau tua,” katanya.
Terdahulu, Nabila mengumumkan dia dan jejaka pilihan hatinya, Ameer Aiman bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini.
Nabila mula berkenalan dengan Ameer sejak tahun lalu di sebuah gimnasium.
© New Straits Times Press (M) Bhd

