Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menegaskan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang sekiranya kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) diteruskan.
Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerana lebih memilih mempertahankan prinsip perjuangan berbanding mengejar jawatan sebagai wakil rakyat.
“Kata UMNO bermuka-muka. Kata UMNO tikam kawan. Tapi UMNO juga yang dicari.
“Saya ulang pendirian saya semasa dalam podcast KS iaitu jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding sebab saya lebih rela pertahankan prinsip saya dari sebuah jawatan wakil rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang memaklumkan PH terbuka untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.
Artikel lain: ‘Kenapa takut sangat dengan Akmal Saleh? Meh kita lawan di mahkamah’
Saifuddin berkata, perkara itu akan diputuskan selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pulang ke tanah air, esok.

Dalam pada itu, Akmal turut menyatakan hasrat untuk melihat Melaka kembali didominasi BN, seperti pencapaian parti itu di Johor dan Negeri Sembilan.
“Insya-Allah Melaka kita birukan seperti Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.
Pendirian tegas itu sekali gus memperlihatkan keutamaan Akmal terhadap prinsip perjuangan politiknya, meskipun ia bermakna tidak bertanding dalam PRN Melaka sekiranya BN dan PH meneruskan kerjasama.
Sumber: FB Akmal Saleh

