mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Individu yang menyimbah petrol sebelum membakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, pada 9 Ogos lalu sudah ditahan polis hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa mengesahkan suspek sudah ditahan polis tengah hari tadi.
“Ya, suspek sudah ditahan dan satu sidang media akan diadakan esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas melecur 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong.
Jasni dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 8 pagi memaklumkan mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai penjaga kaunter premis berkenaan diserang suspek lelaki yang tidak dikenali.
© New Straits Times Press (M) Bhd
