Pelakon Bella Astillah berkata dia memilih tarikh 10.10 sebagai tarikh pernikahan kerana tertarik dengan susunan nombor yang cantik.
Memetik Astro Gempak, Bella berkata tarikh tersebut juga adalah permintaannya yang tidak terlalu awal dan bukan di hujung tahun.
BACA: “Alhamdulillah Ibu Bapa Saya Dah Terima Bella 110 Peratus”
“Saya suka tengok susunan nombor yang cantik. Sebenarnya ia juga kerana kesesuaian waktu. Kami tak nak terlalu hujung tahun, tak nak terlalu awal. Jadi ia di tengah-tengah, bukan bulan 11 atau 12, jadi pilih bulan 10,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata persiapan perkahwinan mereka sudah siap 60 peratus dan bersyukur bakal suaminya orang yang ‘mudah’ dalam soal persiapan.
“Alhamdulillah, tak ada masalah pertembungan sebab YB sangat ‘simple’ dan fleksibel. Apa sahaja Bella pilih, dia setuju.
“Bella memang ada cita rasa sendiri tetapi mana yang boleh dikurangkan, Bella kurangkan. Kalau terlalu banyak dalam satu masa, takut tak jadi seperti yang diinginkan. Kita pun jaga bajet juga,” katanya.
Sumber: Astro Gempak

