Seoul Garden raikan ulang tahun ke-43

syazrina@hmetro.com.my

Putrajaya: Seoul Garden Group (Seoul Garden) menyambut ulang tahun ke-43 dengan memperkukuh pengembangan rangkaian perniagaan dan menawarkan pengalaman makanan Korea kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Strategi Seoul Garden Group, Davy Wee berkata, pihaknya kekal memberi tumpuan kepada pengalaman makan yang menyeronokkan dan mampu menyatukan pelanggan menerusi makanan serta konsep yang terus berkembang.

“Sepanjang 43 tahun yang lalu, kami berpeluang menjadi sebahagian daripada banyak detik istimewa dalam kehidupan pelanggan kami.

“Ketika kami meraikan ulang tahun ke-43, tumpuan kami kekal pada mewujudkan pengalaman makan yang menyeronokkan yang menyatukan orang ramai dan memberi mereka lebih banyak sebab untuk mencipta kenangan yang berkekalan,” katanya di ulang tahun kumpulan itu di salah sebuah cawangannya di Putrajaya, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis ulang tahun ke-43 itu ialah Ketua Pegawai Operasi Seoul Garden, Siow Yong Wu dan Pengarah Francais dan Pengerusi Halal Seoul Garden, Wan Khairul Wan Annuar.

Dalam pada itu, Wee berkata, pengalaman makan bersama keluarga dan rakan menjadi antara faktor yang menjadikan perjalanan Seoul Garden selama lebih empat dekad terus bermakna kepada jenama berkenaan.

Seoul Garden yang terkenal dengan pengalaman bufet interaktif menerusi konsep panggang tanpa asap dan periuk panas turut terus memperkenalkan tawaran menu baharu, pilihan premium dan pengalaman makan yang dipertingkatkan.

Dalam usaha mengembangkan segmen perniagaan, kumpulan itu turut memperluas rangkaian menerusi Seoul Garden Hotpot, Seoul Garden Korbi Grill dan K-Jjang oleh Seoul Garden Group yang menawarkan hidangan Korea menerusi segmen penghantaran.

Seoul Garden Hotpot memberi pengalaman hotpot yang lebih diperibadikan, manakala Korbi Grill mengetengahkan konsep barbeku Korea yang disesuaikan dengan cita rasa generasi muda.

Kumpulan itu turut melihat potensi pertumbuhan jangka panjang segmen makanan Korea di Malaysia dengan terus mengembangkan kehadirannya di Semenanjung serta Malaysia Timur.

Pengembangan Seoul Garden Buffet, Seoul Garden Hotpot dan Korbi Grill di Sabah dan Sarawak dijangka membolehkan kumpulan berkenaan mendekati lebih banyak komuniti di seluruh negara.

Sempena ulang tahun ke-43, Seoul Garden turut menawarkan pelbagai ganjaran kepada pelanggan termasuk tawaran RM4.30, promosi bufet makan tengah hari ‘Beli 4 Bayar 3’ pada hari bekerja dan Kempen Makan & Menang dengan hadiah keseluruhan bernilai RM300,000.

Pelanggan yang menyambut hari jadi pula boleh menikmati diskaun sehingga 43 peratus, selain tawaran khas untuk kumpulan yang makan bersama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top