Oh! Negara
Ayob Khan percaya rasuah boleh dibanteras jika pemimpin mempunyai keberanian dan iltizam politik untuk bertindak tegas.
Bercakap soal rasuah memang mudah, tetapi bagi bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, perubahan sebenar hanya akan berlaku apabila mereka yang mempunyai kuasa sanggup bertindak.
Katanya, semuanya perlu bermula daripada kepimpinan tertinggi. Kalau pemimpin sendiri gagal menunjukkan contoh yang baik, masalah sama boleh merebak hingga ke peringkat bawahan.
Keberanian lebih penting daripada kenyataan

Ayob Khan menegaskan usaha memerangi rasuah tidak sepatutnya terhenti pada kenyataan atau janji semata-mata. Individu yang menyalahgunakan kuasa perlu dikenakan tindakan tanpa melihat pangkat atau kedudukan.
Kalau yang di atas tidak betul, yang di bawah juga akan bermasalah.- Katanya.
Malah, beliau sendiri pernah mengambil tindakan terhadap pegawai kanan yang dikaitkan dengan rasuah serta isu kontrak.
Saya pernah mengambil tindakan terhadap ketua jabatan yang terbabit dalam rasuah dan isu kontrak. Kalau mahu buat, kita boleh buat. Kita cuma perlu berani.- Jelasnya.
Ayob Khan yakin perubahan boleh dilakukan

Menurut Ayob Khan, iltizam politik menjadi antara perkara paling penting kerana mereka yang mempunyai kuasa sebenarnya turut mempunyai kemampuan untuk melakukan pembaharuan terhadap institusi.
Tiada yang mustahil. Kita boleh buat perubahan. Saya suka prinsip Sultan Muhammad Al-Fatih ketika menakluk Constantinople, yang kini dikenali sebagai Istanbul: jangan kata sesuatu itu mustahil sebelum mencuba.- Ujarnya.
Baginya, perubahan bukan sesuatu yang mustahil sekiranya keberanian untuk mencuba dan bertindak itu benar-benar ada.
Team MAS Perlukan Sokongan Kita Semua!
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
