F1 Sepang: MCMC ambil langkah awal! Pengunjung tak perlu risau ‘line’ sesak

F1 Sepang: MCMC ambil langkah awal! Pengunjung tak perlu risau ‘line’ sesak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan penganjur serta pemilik tapak bagi memastikan liputan telekomunikasi mencukupi menjelang penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Antara langkah diambil untuk persiapan acara berskala besar

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi sidang media mingguan menyatakan langkah itu penting bagi mengelakkan pengguna berdepan masalah capaian atau kesesakan rangkaian apabila jumlah pengunjung meningkat sepanjang acara berkenaan.

Beliau menambah, penyedia perkhidmatan telekomunikasi boleh memasang kelengkapan tambahan di lokasi bagi meningkatkan kapasiti rangkaian dan mengurangkan kesesakan.

“Sebagai antara langkah yang biasa diambil untuk persiapan acara-acara berskala besar, pihak MCMC akan bekerjasama dengan penganjur dan pemilik tapak.
“Ia untuk memastikan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi boleh memasang kelengkapan peralatan untuk meningkatkan capaian.
“Langkah itu untuk mengurangkan kesesakan ataupun congestion bagi pengguna yang ramai,” katanya pada sidang media mingguan.

F1 Sepang: MCMC ambil langkah awal! Pengunjung tak perlu risau ‘line’ sesak

Perbincangan sedang berjalan

Menurut Fahmi, perbincangan mengenai persediaan tersebut sedang berjalan, namun beliau masih belum menerima maklumat sama ada perancangan teknikal di tapak telah dimuktamadkan.

“Dengan tempoh kira-kira enam minggu sebelum acara berkenaan, saya sendiri akan melakukan lawatan ke tapak bersama MCMC dan syarikat telekomunikasi bagi melihat sendiri persiapan itu.
“Pendekatan sama pernah digunakan kerajaan dalam persediaan menghadapi acara berskala besar dan penting kepada negara,” katanya lagi.

Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober ini.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil

Scroll to Top