4 beranak maut: Bedah suami siasat selesai, punca kematian kecederaan akibat jatuh tempat tinggi – Polis

harisfadli@hmetro.com.my

​Kuala Lumpur: Proses bedah siasat ke atas mayat lelaki lelaki yang dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Desa ParkCity, Kepong, di sini, Khamis lalu selesai dijalankan malam ini.

​Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Katanya, bedah siasat ke atas suspek dan juga suami mangsa di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, selesai pada 7 malam.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat tinggi.

​”Kedua-dua belah keluarga (suspek dan isterinya) kini dalam proses membawa pulang mayat untuk disemadikan,” katanya.

​Terdahulu Harian Metro melaporkan, empat sekeluarga ditemukan maut dalam kejadian di sebuah kondominium di Desa Parkcity, Kepong, di sini kelmarin.

​Fadil dilapor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian seorang lelaki berusia 48 tahun terjatuh dari bangunan kediaman itu pada 3.32 petang.

​Pihaknya ke rumah mangsa dan dengan bantuan bomba membuka pintu unit berkenaan sebelum menemui tiga mayatdalam bilik berasingan iaitu isteri dan dua anak suspek.

​Susulan itu pihak polis mengesahkan punca kematian kesemua mangsa akibat tikaman pada bahagian leher.

​Siasatan lanjut di lokasi menemukan nota dipercayai ditinggalkan suspek berusia 48 tahun itu menjelaskan kejadian berpunca daripada wang RM260,000 yang lesap selepas isterinya ditipu sindiket ‘love scam’.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top