Polis minta bantuan kesan Nor Balqis Hawani hilang sejak Ahad

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilapor hilang sejak semalam.

Maklumat disiar di Facebook (FB) Polis Kota Setar menyatakan remaja itu dikenali Nor Balqis Hawani Abdullah berketinggian 160 sentimeter (sm) dan berat badan 98 kilogram (kg).

Remaja itu berkulit cerah, mempunyai parut jerawat di kedua belah pipi dan memakai cermin mata.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Hajjar Abd Gani di talian 04-7747222 sambungan 7184 atau Pusat Kawalan Daerah di talian 04-7326999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top