syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Vicha Barbie dan suami, Johnson, memberi kejutan kepada pembantu rumahnya, Eva dengan menghadiahkan pakej umrah.
Kejutan itu bukan sahaja menyentuh hati Eva, bahkan turut menitiskan air mata netizen yang meluahkan dalam ruangan komen.
“Bismillah. Selamat ulang tahun yang ke-35, Eva. Alhamdulillah, sudah hampir lapan tahun Eva bekerja bersama Kaka (Vicha) dan Daddy (Johnson).
“Terima kasih sudah menjaga Junior dan anak-anak kami seperti anak sendiri. Eva juga sudah menjadi seorang yang jujur dan melakukan pekerjaan dengan sangat baik, sejak kami berada di Malaysia sehingga kami berpindah kembali ke Indonesia.
“Eva selalu ada di saat susah dan senang Daddy dan Kaka. Selain itu, Eva juga selalu memahami keadaan kami.
“Alhamdulillah, pada hari ulang tahun Eva kali ini, Allah memberikan rezeki kepada kami untuk berkongsi bersama Eva. Semoga Eva suka dengan hadiah ulang tahun daripada kami, ya,” tulisnya.
Dalam video itu, Vicha dan Johson pada awalnya ingin mengenakan (prank) pada Eva dengan memaklumkan bahawa dia diberhentikan kerja.
Namun, daripada gelak ketawa, suasana berubah kepada tangisan bahagia apabila Eva membaca keseluruhan mesej disampaikan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
