Ustaz Halim Din meninggal dunia

Shah Alam: Pendakwah bebas, Ustaz Halim Din meninggal dunia di Hospital Shah Alam jam 11.55 malam tadi.

Berita sedih itu dikongsikan Maahad Tahfiz Al Khalidiah (MATAK) menerusi hantaran di Facebook.

“Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Abdul Halim bin Din telah kembali ke rahmatullah Pada pukul 11:55 malam (5 September 2026) di Hospital Shah Alam,” katanya.

Menurut hantaran itu, solat jenazah akan dilakukan selepas solat Zohor di Surau Bukit Kuda, Klang dekat sini.

Di dalam hantaran sama, pihak pusat pengajian itu turut memohon semua ahli keluarga dapat sama-sama berdoa agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Terdahulu, kesihatan Allahyarham dilaporkan semakin merosot sejak awal Julai lalu.

Di ruangan komen, orang ramai menyifatkan kehilangan Allahyarham yang juga pengerusi maahad terbabit sebagai kehilangan besar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top