Konflik Iran-AS terus memuncak

TEHERAN – Iran melancarkan serangan terhadap sasaran Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat pada Rabu sebagai tindak balas terhadap bedilan musuh ke atas kapal tangki minyak Teheran, sekali gus mengheret kedua-dua seteru itu semakin jauh ke kancah peperangan.

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menyerang dua kapal AS, lapan kapal tangki minyak dan 10 kapal lain yang cuba melalui zon larangan di Selat Hormuz

dan turut mengebom pangkalan tentera AS di Jordan.

“Selat Hormuz kekal di bawah pengawasan dan kawalan ketat Tentera Laut IRGC,” tegasnya.

Pertempuran terbaharu dalam tempoh seminggu itu tercetus selepas tentera AS memusnahkan lima kapal tangki minyak Iran yang disifatkan sebagai ‘provokasi berbahaya’.

Pada Selasa, IRGC merampas salah satu dron kapal selam tanpa pemandu (UUV) Amerika yang paling moden di Selat Hormuz, namun Washington mendakwa ia sebagai model lama dan tidak membawa sebarang data sensitif.

Ketegangan di rantau itu terus memuncak selepas kumpulan Huthi juga melancarkan serangan ke atas beberapa bandar dan kemudahan tenaga di selatan Arab Saudi. – Agensi

Scroll to Top