Hantar kad jemputan! Syed Saddiq & Bella ‘berguru’ dengan Wan Azizah soal rumah tangga

Hantar kad jemputan! Syed Saddiq & Bella ‘berguru’ dengan Wan Azizah soal rumah tangga

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq memilih untuk menghantar sendiri kad jemputan perkahwinannya dengan pelakon, Bella Astillah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu turut dimanfaatkan Syed Saddiq dan Bella untuk mendapatkan nasihat serta pesanan daripada Wan Azizah mengenai kehidupan berumah tangga.

Hantar kad jemputan! Syed Saddiq & Bella ‘berguru’ dengan Wan Azizah soal rumah tangga

Syed Saddiq berkata, Wan Azizah merupakan antara individu yang dianggapnya paling layak untuk memberikan pandangan mengenai rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan berdasarkan pengalaman dilaluinya.

“Kalau nak cari orang paling layak beri nasihat tentang rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan, susah nak lawan beliau.
“Beliau memahami selok-belok dunia politik. Beliau tahu besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu.
“Diuji berkali-kali, dalam keadaan yang bukan mudah, tetapi tetap teguh dan setia bersama keluarga. Sebab itu bagi saya, beliau ialah ‘Malaysia’s Compassionate Iron Lady’,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Syed Saddiq turut mengenang pengalamannya pernah berkhidmat bersama Wan Azizah dalam Kabinet, yang disifatkannya sebagai satu penghormatan dan keistimewaan yang sentiasa dihargai.

Katanya, pertemuan kali ini bagaimanapun bukan atas urusan Kabinet, sebaliknya bagi menyampaikan kad jemputan perkahwinannya bersama Bella.

“Terima kasih Dato’ Seri atas hampir dua jam nasihat, cerita dan pesanan untuk kami berdua.
“Insya-Allah, nasihat itu kami bawa masuk ke alam perkahwinan,” katanya.

Sumber: FB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Scroll to Top