Elizabeth Tan Idam Dua Anak Sebelum Usia 35 Tahun

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengimpikan untuk menimang dua cahaya mata sebelum usianya 35 tahun.

Memetik mStar Online, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkata dia dan sudah sudah berusaha 3 tahun untuk mendapatkan cahaya mata.

BACA: Tiga Tahun Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Elizabeth Tan Jalani IVF

Tambahnya lagi, ibu bapanya juga sudah semakin berusia dan sudah pasti dia mahu mereka melihat anak-anaknya.

“Tahun ni saya dah berumur 32 tahun. Kami dah mula cuba dari umur saya 30 tahun. Kalau boleh sebelum 35 tahun, saya nak dua orang anak. 

“Sekarang satu pun tiada, ibu bapa saya pun dah tua. Saya nak mereka kenal anak-anak saya. Melihat anak-anak saya membesar. Saya buat untuk mereka dan diri saya juga,” katanya.

Sementara itu, Lizzy berkata tidak mahu letakkan harapn tinggi terhadap rawatan IVF dan ianya bukan pilihan pertama buat wanita kerana sudah pasti hamil secara semula jadi pasti akan menjadi pilihan utama.

“Saya tak mahu berharap apa-apa. Tiada orang yang nak buat IVF sebagai pilihan pertama. Kalau boleh semua nak mengandung natural,” katanya

Sumber: mStar Online


Scroll to Top