Penyanyi Iman Troye berkata meskpipun pernah mempunyai impian untuk berkahwin di usia muda namun dia tidak mahu terburu-buru.
Memetik Astro Gempak, Iman berkata dia sasarkan usia 30 tahun tempoh sesuai untuk mendirikan rumah tangga.
BACA: Iman Troye Jana Pendapatan RM2.5 Juta Sepanjang Tahun 2025
Menurutnya lagi, dia mahu menikmati kehidupan pada usia sekarang serta melakukan pelbagai aktiviti selain bekerja.
“Buat masa sekarang sasaran saya nak berkahwin pada usia 30 tahun. Sebelum ini sasaran selalu bertukar kononnya nak kahwin awal, tetapi lama-kelamaan saya rasa tak boleh.
“Bila saya ada masa sendiri, saya teroka banyak tempat, jumpa kawan-kawan dan buat banyak aktiviti, saya sedar banyak lagi benda yang saya belum buat pada usia 24 tahun ini selain bekerja.
“Jadi untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat secara terburu-buru lagi dua atau tiga tahun, saya takut diri saya sendiri belum bersedia,” katanya.
Sementara itu, Iman berkata tidak mengapa jika rasa sunyi daripada membuat pilihan atau bersama dengan orang yang salah. Tambahnya lagi, sebolehnya dia tidak mahu pasangan daripada industri hiburan.
“Saya selalu ingatkan diri saya, tak mengapalah kalau sunyi atau bersendirian sekalipun, ia tidak mengapa. Lebih baik tidak berkawan dengan orang yang salah daripada terpaksa bersama orang yang salah. Untuk saya jumpa lelaki yang baik, saya kena jadi orang baik dahulu,” katanya.
Sumber: Astro Gempak
