Oh! Negara
JPJ nafi dakwaan Rohingya bakal dibenarkan ambil lesen memandu dan sudah membuat laporan kepada MCMC.
Satu hantaran yang mendakwa etnik Rohingya bakal dibenarkan mengambil lesen memandu di Malaysia kini mencetuskan perhatian ramai di media sosial.
Namun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tampil menjelaskan dakwaan tersebut tidak benar dan kandungan yang menggunakan imej serta identiti jabatan itu adalah palsu.
JPJ buat laporan kepada MCMC

Menurut JPJ, kandungan berkenaan disiarkan menerusi sebuah akaun Facebook dengan tajuk “JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu?” sehingga dilihat seolah-olah datang daripada sumber rasmi.
JPJ turut memandang serius penggunaan nama, identiti dan imej jabatan dalam kandungan yang boleh mengelirukan orang ramai.
JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan kredibiliti.- Menurut JPJ.
Susulan penyebaran tersebut, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah dibuat bagi membolehkan siasatan serta tindakan sewajarnya diambil.
Guna imej pegawai JPJ

Dakwaan sama turut tersebar bersama imej beberapa pegawai JPJ dalam satu sidang media, sebelum disertakan tajuk yang mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial.
JPJ dalam masa sama mengingatkan orang ramai supaya tidak terus berkongsi sesuatu maklumat sebelum memastikan kesahihannya dan merujuk saluran rasmi jabatan bagi mendapatkan maklumat tepat.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
