Trending
Ananda Natasha tampil memohon maaf selepas videonya bersama ibu di KLCC mengundang kecaman warganet dan salah faham.
Pempengaruh, Ananda Natasha tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan video bersama ibunya ketika berkunjung ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang mengundang kecaman warganet.
Menerusi perkongsian di Threads, Ananda mengakui terdapat kekhilafan dalam penggunaan bahasa sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai.
Pertama sekali Tasha nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang terasa hati dengan konten saya bersama mak di KLCC.
Mungkin saya tersalah penggunaan bahasa. Di sini Tasha nak jelaskan bahawa berlaku salah faham.
“Hanya gurauan antara anak dengan mak” – Ananda Natasha

Menjelaskan perkara itu, Natasha berkata kenyataan berkenaan hanyalah gurauan antara dirinya dan ibunya.
Dia turut menegaskan bahawa tiada niat untuk memandang rendah terhadap KLCC.
“Apa yang Tasha maksudkan adalah setiap kali mak saya datang Malaysia, dia akan wajib datang ke KLCC.
Ayat itu hanya gurauan antara anak dengan mak. Mungkin sedikit kasar di mata sesetengah pihak, tapi demi Allah saya betul-betul tak ada niat memandang rendah pada bangunan KLCC.
Sekali lagi mohon maaf

Natasha kemudian sekali lagi memohon maaf kepada mereka yang terasa hati dengan kandungan tersebut.
Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang terasa hati dengan konten saya.
Sebelum ini, Natasha berkongsi video ketika meluangkan masa bersama ibunya dan meluahkan rasa hairan mengapa KLCC menjadi lokasi wajib dikunjungi setiap kali ibunya datang ke Malaysia.
Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang reaksi kurang senang daripada sesetengah warganet yang menyifatkan kenyataannya seolah-olah merendahkan KLCC.
Nota Oh! Media:
Kadang-kadang sesuatu gurauan boleh disalah faham apabila dikongsi di media sosial. Jadi, pilihlah perkataan dengan berhati-hati kerana apa yang dianggap gurauan oleh kita mungkin ditafsir berbeza oleh orang lain.
Sumber: Threads
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




