STING bawa demam Formula 1® ke Malaysia, peminat berpeluang rebut tiket perlumbaan di Sepang

STING bawa demam Formula 1® ke Malaysia, peminat berpeluang rebut tiket perlumbaan di Sepang

Kemeriahan Formula 1 kini semakin dekat dengan peminat tempatan apabila STING Energy, jenama minuman tenaga di bawah PepsiCo, membawa kempen musim perlumbaan “F1® Sounds Like STING” ke Malaysia buat kali pertama.

STING Energy Boost merupakan rakan rasmi Formula 1 membawa kerjasama sukan pemotoran globalnya ke Malaysia meraikan bunyi dan kemeriahan Formula 1®.

Bagi pasaran Malaysia, kempen “F1® Sounds Like STING” bakal menghidupkan suasana musim perlumbaan menerusi pelbagai aktiviti interaktif, promosi serta peluang kepada peminat untuk memenangi tiket ke FORMULA 1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX IN MALAYSIA 2026 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Pengurus Besar Malaysia, Filipina dan Singapura (MYPHSG), PepsiCo, Aditya Sheoran berkata, kerjasama itu membuka ruang kepada STING untuk mendekati pengguna melalui minat mereka terhadap Formula 1.

“Formula 1® merupakan antara pentas sukan terbesar di dunia, dan kerjasama ini membuka peluang menarik untuk STING mendekati pengguna menerusi sesuatu yang sememangnya menjadi minat mereka,” katanya.

Menurutnya, kerjasama itu mempunyai makna tersendiri buat Malaysia kerana ia merupakan kali pertama STING membawakan aktivasi Formula 1 berskala besar ke negara ini.

“Kami ingin membawa skala kerjasama global ini ke peringkat tempatan menerusi pengalaman yang boleh dinikmati oleh para peminat, sambil terus menyemarakkan keterujaan terhadap Formula 1® di Malaysia dan Singapura,” tambahnya lagi.

Peminat berpeluang rebut tiket F1

Menjelang hujung minggu perlumbaan di Sepang, STING menyediakan beberapa pengalaman berinspirasikan Formula 1 termasuk permainan Sting Speed Rush yang mencabar peserta ‘menghidupkan’ enjin kereta lumba dengan laungan “STINGGGG!” paling kuat.

Turut ditawarkan ialah cabaran tarian interaktif menggunakan lagu “The Sting Within Me”, hasil kolaborasi STING Energy bersama DJ dan penerbit muzik antarabangsa, Alan Walker, selain ruang foto bertemakan perlumbaan dan sesi pemberian sampel produk.

Bermula 30 September, pendengar ERA FM juga boleh menyertai cabaran “Longest STINGGGGGG” bagi merebut peluang memenangi tiket ke perlumbaan Formula 1 di Sepang.

Ketua Pemasaran Malaysia dan Singapura, PepsiCo, Jennifer Lee berkata kempen berkenaan direka untuk membawa tenaga serta keterujaan Formula 1 kepada peminat di luar litar.

“Formula 1® sememangnya membawa tenaga yang luar biasa ke Malaysia, dan kami mahu STING menjadi sebahagian daripada debaran itu.
“Menerusi ‘F1® Sounds Like STING’, kami melancarkan kempen yang meraikan bunyi, kelajuan dan momen spontan yang yang menjadi sebahagian daripada keterajuan peminat sepanjang hujung minggu perlumbaan.
“Daripada cabaran ‘Longest STINGGGGGG’ hinggalah pengalaman yang direka untuk menaikkan semangat peminat sebelum mereka tiba di Sepang, kami mahu memastikan kemeriahan Formula 1® terus dirasai sepanjang musim, bukan hanya pada hari perlumbaan,” jelasnya.

Di Singapura pula, STING akan mempunyai hak penyajian minuman sebagai rakan rasmi, sekali gus memperluaskan kehadiran jenama itu dalam aktivasi Formula 1 di rantau ini.

Kempen tersebut turut disokong dengan pek F1 edisi terhad serta lagu “The Sting Within Me” yang dihasilkan bersama Alan Walker.

FORMULA 1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX IN MALAYSIA 2026 dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober 2026, menandakan kembalinya aksi Formula 1 ke Sepang selepas kali terakhir menganjurkan perlumbaan pada 2017.

Scroll to Top