Trending
Momen Syed Saddiq mendukung Ara selepas bernikah dengan Bella Astillah buat netizen sebak. Ramai tersentuh melihat kemesraan mereka.
Intipati berita
- Momen Bella Astillah dan Syed Saddiq selepas bernikah mencuri perhatian apabila Syed Saddiq dilihat mendukung anak tirinya, Ara Adreanna, 6 tahun.
- Ara peluk erat Syed Saddiq ketika didukung, sekali gus membuatkan ramai netizen tersentuh melihat kemesraan mereka.
- Netizen puji kasih sayang Syed Saddiq terhadap Ara dan menyifatkan anak-anak Bella bertuah mempunyai figura bapa yang penyayang.
- Peminat tumpang gembira melihat Bella kembali bahagia dan membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah serta doa buat rumah tangga pasangan BASS.
Momen pelakon Bella Astillah bersama suaminya, Syed Saddiq selepas majlis pernikahan mereka hari ini mengundang sebak dalam kalangan netizen, terutama apabila ahli politik itu dilihat memeluk dan mendukung anak tirinya, Ara Adreanna.
Menerusi laporan Kosmo, Syed Saddiq, 34, dilihat mendukung Ara, 6, selepas majlis pernikahannya dengan Bella Astillah.
Pelukan Syed Saddiq buat ramai tersentuh

Tindakan itu mencuri perhatian ramai apabila Ara turut memeluk erat leher bapa tirinya, sekali gus membuatkan netizen tersentuh melihat kemesraan mereka.
Rata-rata berpendapat momen tersebut memperlihatkan kasih sayang Syed Saddiq terhadap Ara, selain menyifatkan anak-anak Bella bertuah kerana mempunyai figura bapa yang penyayang.
Cara Syed Saddiq mendukung Ara, kemudian Ara terus memeluknya erat.
Jelas sekali betapa seorang anak kecil memerlukan kasih sayang dan perhatian figura ayah.
Paling gembira bila Ayden dan Ara dapat figura bapa tiri yang baik, bertanggungjawab dan hebat.
Sayang Ara Tempoyot, kamu sangat layak menerima kasih sayang sebegini.
Peminat tumpang gembira Bella Astillah kembali bahagia

Dalam masa sama, media sosial turut dibanjiri ucapan tahniah buat pasangan yang dikenali dengan gelaran BASS itu selepas mereka selamat disatukan sebagai suami isteri.
Ramai peminat meluahkan rasa terharu dan mendoakan agar rumah tangga Bella dan Syed Saddiq sentiasa dilindungi serta dikurniakan kebahagiaan.
Tahniah Bella, awak memang berhak untuk bahagia, rasa nak menangis!
Semoga Allah SWT terus pelihara keluarga kecil ini, Syed Saddiq jaga mereka dengan baik ya!.
Malah, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan Syed Saddiq bukan sekadar bapa tiri, sebaliknya seorang ayah yang sudah dinaik taraf kerana kasih sayang yang ditunjukkannya kepada Ara.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.




