Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menzahirkan ucapan terima kasih buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kerana sudi memilihnya sebagai pasangan hidup.
Bella berkata dia sedar kekurangan dirinya namun dia akan berusaha menjadi seorang isteri yang taat dan solehah.
BACA: “Setialah Dengan Seorang, Jatuh Cintalah Dengan Orang Yang Sama Setiap Hari” – Bapa Bella
“Terima kasih sudi memilih saya. Saya tahu saya tak sempurna dan ramai lagi pilihan di luar sana. Tapi saya InsyaAllah akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang isteri yang taat dan solehah,” katanya.
Sabtu lalu, Bella sah bergelar isteri Syed Saddiq dengan sekali lafaz dalam satu majlis indah yang diadakan di Merdeka 118.




