“Emma Tak Pandang Harta, Lebih Pentingkan Hati Budi” – DJ Kidd

“Emma Tak Pandang Harta, Lebih Pentingkan Hati Budi” – DJ Kidd

Kekasih kepada pelakon Emma Maembong iaitu DJ Kidd berkata meskipun ada pihak yang merendahkan dirinya namun Emma tetap memberi sokongan kepadanya.

Memetik Astro Gempak, DJ Kidd menyifatkan Emma adalah punca rezekinya dan dia akan lakukan yang terbaik buat kekasihnya itu.

BACA: “Tak Pernah Sekali Saya Bayar Untuk Makan, Semua DJ Kidd Yang Bayar” 

“Saya okay saja, dia (Emma) banyak memberi rezeki. Emma adalah punca rezeki saya. Emma banyak bantu dan menyokong saya, walaupun ramai orang merendahkan saya tetapi hanya Allah yang tahu. Saya akan buat yang terbaik untuk Emma. Doakanlah yang terbaik untuk kami,” katanya.

Dalam pada itu, DJ Kidd berkata Emma seorang wanita yang tidak melihat kemewahan sebaliknya memandang hati budi seseorang.

“Sebelum ini ramai orang yang pandang rendah dengan saya. Saya selalu tanya tak rasa rendah darjat ke kalau berkawan dengan saya.

“Emma adalah seorang wanita yang tidak memandang harta. Dia lebih mementingkan hati budi dan orang yang bertanggungjawab ke atas dirinya.

“Saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Saya akan menjaga hatinya, jangan bagi dia sedih dan berikan perhatian buatnya,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

Gambar: Ohbulan


Scroll to Top