Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menegur segelintir sikap tetamu yang mempertikaikan perkara remeh apabila ke majlis perkahwinan.
Menerusi perkongsian di Threads, Vida turut berkata agar tidak membebankan pengantin dengan perkara tidak sepatutnya kerana majlis itu adalah untuk meraikan mereka.
BACA: “Impian Nak Kahwini Vida Memang Ada…Tapi Cik B Kata Jangan Terlalu Laju”

“Apabila datang ke majlis perkahwinan kalau boleh jangan membebankan pengantin dengan perkara tidak sepatutnya. Patutnya kita meraikan, menyantuni kedua mempelai bukan mereka yang meraikan tetamu. Itu hari berbahagia mereka, isikan hari istimewa mereka dengan perkara yang indah indah,” katanya.
Sementara itu, Vida turut berkongsikan dia lambat tiba di majlis resepsi pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada Ahad lalu. Namun keutamaannya ketika itu adalah untuk bertemu dengan pasangan pengantin serta menyantuni keluarga mereka.
“Saya pon lambat sampai ke majlis , saya tak terfikir untuk mencari tempat duduk atau makanan tetapi untuk ucapkan tahniah. Setibanya saya di dewan saya terus santuni keluarga pasangan dan berjumpa YB dan Bella. Yang penting pukul pukul gambar,” tulisnya.




