Majlis perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan juga pelakon Bella Astillah sememangnya menjadi perhatian ramai malah sehingga kini masih diperkatakan.
Terbaru, perkongsian seorang pengguna Thread menjadi perhatian apabila mendakwa ada individu menjual doorgift majlis resepsi pasangan itu menerusi satu platform jual beli dalam talian.
BACA: Syed Saddiq Dedah Apa Yang Ditulis Dalam Buku Nota

Menerusi foto dikongsikan, cenderamata yang diberikan untuk tetamu yang hadir itu dijual pada harga RM350 sekaligus mengejutkan netizen.
Diruangan komen, ada netizen mengatakan individu tersebut seolah tidak menghargai cenderamata yang diterima secara percuma itu.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan jika mereka tidak akan menjual jika menerima doorgift tersebut kerana ianya merupakan kenangan mahal untuk hargai.

Sumber: Lobak Merah




