“Tak Sabar Nak Sehidup Semati, Abang Nok Jago Sayang Molek-Molek” 

“Tak Sabar Nak Sehidup Semati, Abang Nok Jago Sayang Molek-Molek” 

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menitipkan ucapan hari jadi buat kekasih hatinya, usahawan Datuk Seri Vida.

Menerusi ucapan istimewa itu, Fazley berkata dia tidak sabar untuk disatukan dengan Vida serta sehidup semati dengan kekasihnya itu.

BACA: Fazley Cedera Main Badminton, DSV Sanggup Balik Awal Dari China 

“Happy Birthday Sayang. Jujur ambo royak, ambo rasa bertuah sayangkah bidadari hok paling comel lotey dan selalu ceriakan hidup ambo. 

“Tok sabar rasanya nak sehidup semati. Ambo sayang awak ketak-ketak! Semoga dipermudahkan urusan kito ke pelamin,” katanya.

Menurut Fazley lagi, dia mahu menjaga Vida sebaik mungkin serta mahu melihat kekasihnya itu sentiasa tersenyum.

“Abang nok jago Sayang molek-molek, nok tengok Sayang senyum sokmo. Susoh senang, kito hadap samo-samo.I love you, Sayang. Forever your Abang,” tulisnya.


Scroll to Top