PRN Melaka: MCA tambah kerusi, bertanding tiga kawasan

PRN Melaka: MCA tambah kerusi, bertanding tiga kawasan

KUALA LUMPUR – MCA mengesahkan pertambahan satu kerusi menjadikan parti itu bertanding di tiga kawasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu diputuskan selepas perbincangan akhir antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, kerusi tersebut merupakan kuota PN iaitu di kawasan Bandar Hilir, Melaka.

“Setelah memuktamadkan jumlah kerusi, akhirnya MCA diberi satu lagi kerusi untuk bertanding di satu kawasan yang majoriti Cina iaitu DUN Bandar Hilir.

“Jadi bermaksud PN hanya bertanding enam kerusi. Persetujuan ini diberikan oleh kedua-dua parti dan keputusan ini dibuat pada hari ini juga, kita telah memuktamadkan semuanya,” katanya pada sidang media di Parlimen, Khamis.

AKAN MENYUSUL

Scroll to Top