Lifestyle: Kegagalan memperoleh tidur berkualiti sering dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung, buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetes dan strok. Justeru, tidur pada waktu malam sememangnya amat penting untuk kesihatan diri manusia. Dikongsikan 5 cara mendapatkan tidur malam yang berkualiti:
1) Jauhkan diri daripada telefon pintar
Kecenderungan penggunaan media sosial sebelum tidur mengakibatkan rasa mengantuk pada keesokan hari.
2) Belajar yoga
Gerakan lembut dan posisi yoga dapat membantu mengurangkan tekanan dan memperbaiki aliran darah.
3) Hubungan bersama keluarga atau rakan
Memperbaiki dan merapatkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan dengan cara menghubungi mereka untuk berbual atau berjumpa boleh meningkatkan kualiti tidur anda.
4) Jauhkan diri tidur dengan orang yang berdengkur
Tidak dinafikan tidur disebelah seseorang yang berdengkur boleh menganggu tidur.
5) Menjaga pemakanan
Pemakanan berat sebelum tidur boleh menyebabkan pedih ulu hati terutama jika anda mengambil makanan pedas, produk berasaskan tomato atau coklat.
Sumber: maukerja
Akmal Hakim
Lifestyle Desk


