KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melancarkan Operasi (Op) Patuh di seluruh daerah Klang, Selangor, bermula kelmarin hingga 16 Julai ini susulan kes Covid-19 di Selangor yang masih tinggi.
Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, sebanyak 50 anggota daripada pelbagai jabatan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut melakukan pemantauan di seluruh daerah berkenaan.
“Kita hendak pastikan semua premis mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang kini sedang berkuat kuasa di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam laman sesawang Facebook rasminya memaklumkan, sebanyak 1,040 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan di Klang, semalam. – UTUSAN ONLINE




