Remaja paksa netizen tidur hilang 500k pengikut, akaun TikTok kena ‘banned’

Remaja paksa netizen tidur hilang 500k pengikut, akaun TikTok kena ‘banned’
“Terima kasih untuk 500k pengikut sebelum ni, mungkin rezeki akaun ni akan jadi sejuta pengikut pula,” tulisnya ringkas.

@hafiyemok_

🤍🤍

♬ suara asli – 𝙷 𝚊 𝚏 𝚒 𝚢 – 𝙷 𝚊 𝚏 𝚒 𝚢

Kasihan dengan nasib Hafiy, seorang pemuda tampil mempersoalkan tahap penilaian pihak TikTok dalam mengambil tindakan berdasarkan ‘report’ daripada orang ramai.

Menurut Badri Zain, remaja itu hanya menghasilkan video ‘cringe’ dimana sesuai untuk ditonton oleh semua dan bukan membabitkan unsur keganasan, seksualiti dan sebagainya yang melanggar terma platform tersebut.

@badraculazain

#stitch with @𝙷 𝚊 𝚏 𝚒 𝚢 serious shit

♬ original sound – BADRI ZAIN – BADRI ZAIN

Bagaimanapun, ramai yang bersimpati dengan Hafiy memberikan kata semangat selain berjanji akan menyokong usahanya dalam membuat penonton ceria dan terhibur.

Terdahulu, video Hafiy yang tampil dengan bantal Mickey Mouse sambil meminta penonton segera ‘masuk tidur’ mendapat pelbagai reaksi, rata-rata tidak boleh menerima aksi manja dilakukan oleh remaja berkenaan.

Sumber: TikTok @hafiyemok_ & Badri Zain

Scroll to Top