England perluas undang-undang tegah individu rasis ke stadium

England perluas undang-undang tegah individu rasis ke stadium

LONDON: Undang-undang melarang samseng bola sepak di England daripada menyaksikan perlawanan akan diperluaskan dengan sasaran ke atas mereka yang bertanggungjawab melakukan kecaman berbentuk perkauman terhadap pemain di media sosial, kata Perdana Menteri, Boris Johnson.

Cadangan perubahan bagi melakukan larangan itu dilakukan susulan komen berbentuk kecaman kaum yang ditujukan kepada beberapa pemain berkulit hitam skuad The Three Lions selepas kekalahan mereka pada aksi final Euro 2020 di tangan Itali hujung minggu lalu.

“Apa yang kita lakukan hari ini adalah sebagai langkah praktikal untuk memastikan rejim peraturan larangan dalam bola sepak diubah.

“Jadi jika anda bersalah… kerana melakukan kecaman berbentuk perkauman terhadap pemain dalam talian, maka anda tidak boleh pergi menyaksikan perlawanan,” kata Johnson kepada Ahli Parlimen negara itu.

Peraturan penggantungan yang dibuat pada tahun 1989 untuk menghentikan samseng Inggeris daripada mencetuskan masalah ketika atau di kawasan sekitar perlawanan domestik serta luar negara dikendalikan oleh Football Banning Orders Authority.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top