KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi kelonggaran aktiviti berisiko rendah kepada penduduk di negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia bagi memastikan keperluan kesihatan mental rakyat adalah terjaga.
“Meskipun masih berada dalam Fasa 1, berkaitan isu kesihatan mental, kita boleh mempertimbang beberapa aktiviti selamat seperti pergi ke taman dan pasar malam yang terbuka. Semua ini kita sedang pertimbang (untuk memberi) kelonggaran,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu belum dapat diumumkan buat masa ini kerana memerlukan pandangan pakar kesihatan. – BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd




