Wani Comel meninggal dunia kerana Covid-19

Wani Comel meninggal dunia kerana Covid-19

Pasti ramai yang masih ingat seorang gadis obesiti yang pernah dibantu oleh pengasas kosmetik terkenal Dato’ Seri Aliff Syukri bagi mengurangkan berat badannya.

Namun, tidak lama selepas itu, gadis yang dikenali sebagai Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, telah mencetuskan kontroversi apabila berselisih faham dengan usahawan berkenaan.

Khabar duka diterima hari ini apabila Wani dimaklumkan telah meninggal dunia kira-kira jam 9 malam pada 18 Ogos 2021. Perkara tersebut dimuat naik oleh waris kepada Wani di akaun Instagram gadis tersebut.

Difahamkan, selain Wani, seorang lagi ahli keluarganya turut meninggal dunia pada hari yang sama iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.40am 18 Ogos 2021.

Beberapa hari yang lalu, abang kepada allahyaraham juga telah meninggal dunia disebabkan jangkita Covid-19 ini. Perkara tersebut sempat dimaklumkan sendiri oleh Wani di Instagramnya sebelum dia juga turut dijangkiti wabak maut ini.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Wani Comel.

Sumber: Instagram @wanicomel20

Scroll to Top