Umum sedia tahu bahawa mereka yang dijangkiti Covid-19 pasti akan berasa sukar untuk bernafas kerana virus tersebut menyerang organ paru-paru terlebih dahulu.
Jadi, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @abangpalataoz, dia telah memuat naik satu video seorang wanita yang memohon doa orang ramai agar dirinya kembali sembuh dari jangkitan Covid-19.
Ya Allah sedihnya 😠tolong doakan kak ni pic.twitter.com/JxRDGoveHq
— Abang Palatao🇵🇸🇲🇾😠(@abangpalataoz) August 18, 2021
Video berdurasi 2 minit 18 saat ini memperlihatkan wanita berkenaan menceritakan pengalamannya yang sedang dijangkiti wabak maut tersebut. Dapat didengar suaranya masih lagi tersekat-sekat kerana kesukaran hendak bernafas.
Menurut wanita itu lagi, dia sepatutnya sudah dibenarkan pulang namun kondisi pernafasannya masih belum baik. Oleh itu, dia berpesan kepada semua orang supaya menjaga kesihatan kerana wabak maut ini benar-benar menyakitkan.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar kesihatan wanita berkenaan segera pulih dan dapat bernafas seperti biasa.
Mereka juga berharap orang ramai dapat menjadikan perkara tersebut ikhtibar dan menyedari bahawa Covid-19 is real!
Sumber: Twitter @abangpalataoz
