Pendedahan kandungan kedua Siti

Petaling Jaya: Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa kandungannya yang kini telah mencecah usia hampir lima bulan merupakan kembar kepada anak sulungnya iaitu Siti Aafiyah, 2.

Katanya, anak yang sedang dalam kandungannya itu merupakan embrio yang terhasil pada waktu dan hari yang sama dengan Aafiyah.

“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) dan ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui. Jadi, sebenarnya anak lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah yang terhasil pada waktu dan hari yang sama”, kata Siti.

Walau bagaimanpun, Siti menyatakan bahawa doktor menyarankan supaya dia tidak memasukkan dua embrio sekaligus semasa kehamilan pertamanya.

“Jadi, Aafiyah masuk dulu dan kemudian baru masukkan yang ini (anak kedua)”, katanya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini.

Sebelum ini, Siti yang telah berkahwin bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006 telah dikurniakan cahaya mata sulung pada tahun 2018.

Sumber: Kosmo

Akmal Hakim
Glamour Desk

Scroll to Top