Tiba2 tahan warga emas pengutip barang lusuh, polis buka dompet hulur sedekah

Tiba2 tahan warga emas pengutip barang lusuh,  polis buka dompet hulur sedekah

Sememangnya slogan polis dan masyarakat berpisah tiada sering kali kita dengar bagi memastikan semua pihak saling membantu dalam memastikan sekeliling kita berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial yang juga anggota polis dikenali sebagai Asrul Jamaluddin, dia telah memuat naik video ‘pegawainya’ yang menyantuni seorang warga emas dan memberikan sedikit bantuan.

Hal ini susulan perasaan sebak apabila melihat individu yang sudah berusia masih lagi gigih mencari pendapatan dengan mengumpul  barangan terpakai untuk dijual bagi memperolehi duit.

Dalam video tersebut, pada awalnya Asrul memaklumkan dia terkejut melihat pegawai atasannya tiba-tiba keluar dari kereta peronda dan menahan warga emas itu.

Perkongsian murni tersebut tular dan mendapat perhatian ramai sehingga Laman Facebook Polis Diraja Malaysia memuat naik kembali video berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Pihak Polis Diraja Malaysia mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada Inspektor Saravanan Gunasekaran bersama rakan setugas Sarjan Asrul Shafawi Jamaluddin dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian kerana memberi teladan yang baik buat semua.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa seronok melihat contoh baik dari pihak berkuasa yang kekal prihatin sesama manusia tanpa sebarang prajudis berkenaan agama, bangsa serta keturunan.

Semoga contoh teladan yang murni ini menjadi penyebab lebih ramai lagi yang melakukan kebaikan di masa akan datang.

 

 

 

 

Sumber: FB Polis Diraja Malaysia, Asrul Jamaluddin

Scroll to Top