Telefilem Istimewa Merdeka, Tonjol Budaya Dan Agama Berbeza

Kuala Lumpur: Back To You hasil arahan Simon Long dan Moo Siew Keh ini ternyata menonjolkan perbezaan budaya dan agama. Namun, perasaan itu terpaksa diketepikan demi menagih semula kasih sayang seorang anak kandung yang berbangsa Cina tetapi telah dibesarkan oleh keluarga Melayu.
XiuMin teruja untuk menemui Cai Yun tetapi dikejutkan dengan penampilan anak gadisnya yang kini berhijab dan berbahasa Melayu.

XiuMin tidak fasih berbahasa Melayu kerana dia dibesarkan di perkampungan yang rata-ratanya orang Cina, jadi itu membataskan perbualan mereka. Namun, demi kasih seorang ibu, XiuMin sanggup mempelajari bahasa Melayu untuk mendekatkan diri beliau kepada anaknya itu.

Nak tahu bagaimana agaknya kesudahan telefilem ini? Dapatkah agaknya Sofia menerima ibu kandung beliau? Atau, adakah Puan Kamariah rela melepaskan Sofia demi Ibu kandungnya? Sama-sama kita saksikan, Back To You pada 31 Ogos (Sabtu), jam 8.30 malam menerusi slot Primori8.

Antara pelakon yang turut sama menjayakan telefilem istimewa merdeka ini ialah, Azizah Mahzan, Jasmin Suraya Chin, Ernest Chong, Remon Lim, Charlie Numan Salleh, dan Yuna Rahim.-TV3

Malay News
Showbiz Desk

Scroll to Top