Kerana rindu, tiga beradik ziarah pusara ibu waktu malam

Perasaan rindu kepada insan yang sudah tiada merupakan satu rasa yang sangat berat. Lebih-lebih lagi individu yang meninggal dunia adalah orang yang paling kita sayang seperti ibu atau bapa.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, seorang lelaki telah memuat naik beberapa gambar tiga orang kanak-kanak berjalan dalam kegelapan malam menziarahi pusara ibu mereka yang baru dikebumikan pada awal pagi tersebut.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Syaffiq S.Soleh ini memaklumkan bahawa kanak-kanak yang ditemuinya memberitahu amat merindui ibu mereka yang meninggal dunia selepas empat hari bersalin.

Menurutnya lagi, rumah kanak-kanak tersebut berada hanya beberapa ratus meter dari tanah perkuburan menyebabkan mereka berjalan kaki sahaja menuju ke pusara ibu mereka.

Tambah pengguna Facebook itu lagi, disebabkan pada malam terbabit rumah kanak-kanak itu mengadakan majlis tahlil, tiada orang dewasa yang dapat menemaninya ke pusara ibu. Jadi, dia telah pergi ke kawasan tersebut bersama teman-teman seusia dengannya.

Sehubungan dengan perkongsian yang menyentuh hati itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa sebak diatas kisah kanak-kanak tersebut.

Mereka juga mendoakan agar roh allahyarham ibu kanak-kanak terbabit ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dipermudahkan segala urusannya di alam sana.

Sumbe: ohmymedia

Malay News
Social Media Updates

 

Scroll to Top