Drama terbaru di Astro Citra bertajuk I-Tanggang dilihat semakin mendapat tempat di hati penonton. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Sherrie Merlis, Nadhir Nasar dan ramai lagi, drama ini kerap trending di media sosial.
Walaupun terdapat beberapa pelakon muda yang beraksi di dalam I-Tanggang, namun persembahan yang ditunjukkan oleh Nadhir Nasar paling mencuri tumpuan.
Menjayakan watak sebagai Syafiq, Nadhir menggalas tugas berat kerana banyak bermain dengan emosi. Dalam salah satu sedutan daripada drama tersebut yang dimuat naik akaun TikTok @astroshow, lakonan mantap peserta Hero Remaja itu telah mendapat pujian.
@astroshawofficial Takut lah garang sangat ni SyafiqðŸ˜ðŸ˜ #itanggang #dramabest
♬ original sound – astroshawofficial – astroshawofficial
Dialog padu yang disampaikan Syafiq (Nadhir) ketika memarahi adiknya yang hamil luar nikah benar-benar ‘sampai’ kepada penonton dan mendapat pujian ramai.
Mereka juga mengakui bahawa cerita I-Tanggang sedikit sebanyak ada persamaan dengan realiti. Lebih-lebih lagi dialog yang disampaikan Nadhir kerana sesuai dengan keadaan sbenar.
Sumber: TikTok @astroshowofficial
