Minyak sawit dalam bahan bakar pesawat – Utusan Digital

Minyak sawit dalam bahan bakar pesawat – Utusan Digital

JAKARTA: Indonesia melakukan ujian penerbangan pesawat yang pertama kali menggunakan bahan bakar jet yang dicampur minyak sawit.

Menteri Ekonomi, Airlangga Hartarto berkata, ini sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan mengkomersialkan sawit dalam usaha kreatifnya memperluaskan kegunaan mi­nyak masak tersebut.

Reuters melaporkan, pesawat yang terlibat dalam ujian itu terbang sejauh lebih 100 kilometer, dari Jakarta ke Bandung.

“Indonesia, sebagai pengeluar terbesar, sudah tentu perlu melakukan inovasi terhadap penggunaan minyak sawit. Ini termasuk pembangunan biodiesel dan bahan bakar pesawat,” katanya dalam sidang akhbar secara maya, merujuk kepada diesel yang dibuat sepenuhnya daripada minyak sawit yang dibangunkan syarikat mi­nyak negara, Pertamina.

Indonesia menerap­kan program biodiesel dengan kandu­ngan minyak sawit sebanyak 30 peratus, dikenali sebagai B30.

Kerajaan memperluaskan­ penggunaan minyak sa­yuran bagi me­ngurangkan import bahan bakar.

Bahan bakar jet yang digunakan dalam ujian penerba­ngan itu mengandungi 2.4 peratus minyak sawit.

Kementerian Tenaga memberitahu, pasaran minyak bio jet mampu menjana 1.1 trilion rupiah setahun.

Scroll to Top