KUALA LUMPUR – Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A Samad Said kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke wad pada Isnin akibat sakit tua.Anak keduanya, Helmy Abdul Samad, 63, ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bapanya turut menghidap diabetes.”Keadaan bapak tidak begitu baik. Sakit tua. Juga ada diabetes. Masuk lewat petang semalam (Isnin),” katanya.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar sasterawan tersohor berusia 91 tahun itu segera sembuh.Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar menyifatkan A Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad sebagai tokoh budayawan yang amat berjasa kepada dunia kesusasteraan tanah air.A Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka dan menerima Anugerah Sastera Negara pada 1985.Antara karya tersohor beliau ialah novel Salina yang diterbitkan pada 1961, selain Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang dan Hujan Pagi. – Bernama
A Samad Said dirawat di HKL
Malay News | https://www.malay.news/a-samad-said-dirawat-di-hkl/