LATEST
National

‘Bukan kerajaan sebarkan dokumen pengampunan bersyarat Najib, siasat siapa buat’ – Anwar

‘Bukan kerajaan sebarkan dokumen pengampunan bersyarat Najib, siasat siapa buat’ – Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan menyebarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia kepada umum.

Baca juga: Shuhaily kembali ke mahkamah bagi sebutan kes cederakan 2 polis

Perdana Menteri turut menafikan dokumen pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak itu disebarkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata, AGC sebaliknya menyahklasifikasikan sebahagian dokumen berkaitan bekas Perdana Menteri itu sebagai persediaan menghadapi kes di mahkamah.

“Jadi siapa (menyebarkan dokumen terbabit) patut disiasat, jangan buat tohmahan mengatakan kerajaan edarkan.

“Tidak ada. Tidak benar kerana yang berlaku adalah keputusan Peguam Negara untuk mempersiapkan kes jawapan di mahkamah, itu sahaja,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai dakwaan kerajaan menyahklasifikasikan dokumen pengampunan bersyarat Najib dan mendedahkannya kepada umum.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news